Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

senyum itu adalah satu sedekah
yang paling mudah dan susah untuk dilakukan
oleh semua insan...
jadi senyumlah kerana senyuman mu itu
sangatlah manis...^_^

pembaca yg budiman


hadis Rasulullah s.a.w

Baginda Nabi SAW bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menunjukkan ke jalan kebaikan, akan diberi kepadanya pahala sebanyak mana pahala orang yang melaksanakan kebaikan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka semua itu. Seterusnya sesiapa yang menunjukkan ke jalan kesesatan, akan diberi kepadanya dosa, sebanyak mana dosa orang yang telah melaksanakan kesesatan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada dosa-dosa mereka semua itu.”


renungan seketika bersama spwsa

Wahai wanita solehah, jgn risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, pada lirikan senyuman, pada pujuk rayu, pada bicara manja yang menggoda... Sesungguhnya, lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita, andai belum sampai, anggaplah bahawa Adam yg kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinan dirimu... kerana pada wanita itu ada kekurangan dan Adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkan Hawanya.

kawanku unisza

kawanku unisza

About

kata2 dari spwsa

percayalah pada kemampuan diri sendiri dan
jangan menggantung diri pada orang lain..
anggaplah bahawa mereka memerlukan anda
dan bukan anda yang memerlukan mereka..
hanya Allah yang selalu bersama diri anda...


maafkanlah org yg menzalimi dan sambunglah tali
silaturrahim dengan org yg memutuskannya.
berilah org yg tdk pernah memberi kpd kita dan
berlembutlah terhadap org yg berbuat jahat kpd kita.
jika kita mampu melakukan semua itu, nescaya kita
akan memperoleh kebahagian dan ketenangan itu..

peringatan buat kaum hawa

1. jaga pandangan mata/ tundukkan pandangan
2. jaga maruah diri
3. jangan tunjukkan perhiasan diri pada org
4. memakai tudung

insan biasa

ainul adam
anak jati klate
sweet21
gantunglah cita2mu di bintang, dan cubalah untuk menggapainya
Sky Blue Bobblehead Bunny

get this widget here

Tuesday, January 10, 2012

andai cinta ingin diberi


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...